Demonstrasi UPSI?? Mahasiswa Yang Salah?? (ADA VIDEO SEKALI)!!!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Hari ini Kongsi 123 ingin berkongsi dengan berita terhangat mengenai situasi panas melibatkan pelajar UPSI dan mahasiswa daripada beberapa Univeristi Awam lain di Tg Malim baru-baru ini. Ternyata demonstrasi ini telah menimbulkan satu fenomena baru dalam kalangan media massa dan alternatif. Punca? Masih lagi kabur...

Kerana apa Kongsi 123 berkata demikian? Ini sebabnya:

 Perjuangan Yang Tidak Jelas:
    Ya, sememangnya tindakan pelajar yang menyertai demonstrasi itu amat berani, namun berani kena ada tempat. Bukan ini bermakna Kongsi 123 ini penakut, tapi mahasiswa sepatutnya kan orang yang berpelajaran... bukannya menjadi seperti tin kosong. Sebenarnya, perjuangan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan 1974 itu memang murni kerana memandangkan situasi semasa yang sememangnya komuniti mahasiswa yang memang ramai. Tapi, bukan dengan berdemonstrasi secara semberono. Ikut kes kat Tg Malim baru-baru ni, apa motif berkumpul waktu malam? Pagi kan masih ada.. Tak tau la kalau tak menyempat-nyempat mahasiswa ni... almaklumlah tahun 2012 kan.. haha... Kalau difikirkan sejenak, memanglah jaga tu tak buka... sebab dah malam... KALAU PAK GUARD BUKA PINTU UPSI HARI ITU(demonstrasi)... kesannya ialah:
* Pak Guard kompom kena pecat... Mahasiswa nak bayar makan minum keluarga Pak Guard ke?
* Memang la nak hantar memorandum, tapi yang hantar memo mungkin 4-5 orang, yang lain buatnya mencuri, almaklumlah nama pun 'U', lappy berapa banyak tak tau laa...
*Vandalisme tak tau lah banyak mana... Memanglah awalnya dengan  nilai murni... tapi kalau dah campur dengan provokasi ngan semangat dan hasutan IBLIS... jawabnya berkecai lah infrastruktur UPSI tu.. Yang rugi mahasiswa jugak.... (mana perjuangannya kalau mahasiswa pun tertindas)...

Dan mengenai Video...  Kongsi 123 tau dah mesti semua nak tengok kan... Tapi cuba teliti video ni... Tengok budak yang dikatakan dibelasah tu.. Dan kalau rajin main pause-pause... waktu budak tu mengerang kesakitan (kalau bising, mute je)... tengok kaki siapa yang hinggap kat badan budak tu.. seluar jeans.. dan semua polis adalah memakai Uniform... Musykil dalam kalangan bloggers(include me)... adakah pelajar itu sengaja dibelasah atau pun pelajar lain membelasah mangsa dengan ketidakrelaan mangsa untuk menunjukkan polis yang salah? Lagi satu, pelajar sengaja provokasi dengan menyuruh media merakam adengan polis menahan pelajar yang panjat pagar UPSI... Nak tanyalah kan kepada viewers sekalian... Kalau orang panjat pagar rumah kalian dan kalian telah panggil polis.. Takkan la polis nak duduk diam... Polis tangkap dan bagi statement lagi... 'Tolong encik, bagi kerjasama'.... dan mahasiswa lain pulak dok kata polis kejam.. tak tau lak nak cakap... Kongsi 123 sekadar berkongsi... Jangan nak marah pulak.. sebab perjuangan mahasiswa sememangnya Kongsi 123 sokong.. dan bukan bermakna Kongsi 123 bermotif politik kat sini ye... Layan!!! Video kat bawah... tengok dan teliti... Tanya lah iman dan hati....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.