Gardenia VS Massimo VS High 5? Bukan Sekadar Roti?

 Mana Satu Pilihan Anda?? Haa Jawab!!!
Haaa... mesti ramai terkezuuut pasal headline atas tadi kan? Ini adalah berita mengenai syarikat pembuat roti terbesar di Malaysia dan masih menjadi pilihan utama dalam kalangan pengguna Malaysia.

Ceritanya macam ni, ada satu e-mail yang telah tersebar dengan cubaan untuk mencetuskan situasi perkauman antara masyarakat Malaysia. Ada email ni yang telah saya baca, mereka mempertikaikan mengenai syarikat roti di atas yang dimiliki oleh bangsa lain.. Ini adalah contohnya:

1. Gardenia:" Jangan beli roti Gardenia, dulu memanglah syarikat dari Sabah, tapi dah kena jual kat QAF Limited Singapore, so roti tu Singapore punya, kalau kita beli kita mengayakan Singapore"....

2. Gardenia: " Roti Gardenia tu dibuat dari gelatin babi. Tu yang dok sedap ngan lembut semacam je.. Lagi satu ada pegangan Yahudi"

3. High 5:" Roti ni tempat kilang dia kotor gila.... Siap boleh pijak doh roti atas lantai lagi dengan kaki... Macam b!#i roti dia... xpayah la nak beli... Mengarut.."

4. "Jom kita beli roti High 5 sebab ada Silverbird... Silverbird ni Tabung Haji ada share 30%.. so kompom la Islamik (boleh caya ke)... bukannya macam roti lain..."

5. Massimo: "Yang ni roti baru... Milik orang Malaysia.. Federal Flour Mill punya... under Tan Sri Robert Kouk.. a.k.a towkay Gula Malaysia... Merangkap orang paling kaya Malaysia... Ada yang dok hasut kata jangan beli sebab orang 'kulit putih' punya.... so org Melayu xpayah beli...

Nasihat Kongsi 123 ialah...
1. Roti mesti Halal
2. Roti sedap dan berkualiti tinggi
3. Harga roti mesti berpatutan dan murah... Jangan minyak naik 10 sen Roti naik sampai 50 sen... Tu yang melampau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.